Khamis, 26 Mac 2015

Gambar Bergerak






Sejarah Taiping

Jejak Sejarah: Taiping Bandar Warisan, Perak- Part 2

Assalamualaikum semua....

Saya sambung lagi kisah menjejaki sejarah di daerah Taiping Perak..pagi lepas check out hotel, saya teruskan misi yang seterusnya...

Okey terus terang saya cakap, sebenarnya saya tak sempat lansung nak jalan-jalan kat Taiping ni..masa tu kejar masa sangat-sangat nak singgah tempat lain..tapi bila fikir balik, padahal kalau singgah 15 minit kat tasik apa salahnya...huhuhu..menyesal la jugak..

Tapi alang-alang dah sampai sana, saya citer la jugak sket-sket  pasal daerah Taiping ni...hasil cerita ni saya kumpul-kumpul dari google..dan gambar pun bukan hak milik saya...

Selama ni kan kita cuma banyak didedahkan dengan kisah-kisah bersejarah di Melaka contoh macam Kota A-Famosa, Bangunan Stadhuys dan Perigi Hang Tuah..

Tapi sebenarnya Perak ni pun tak kurang banyaknya tempat-tempat bersejarah dan menarik yang perlu kita tau..salah satu bandar yang menyimpan kisah-kisah sejarah negara adalah Taiping..sehingga diberi nama Taiping Bandar Warisan...



Korang tau tak Taiping ni merupakan antara bandar yang tertua di Malaysia..di sini lah pusat pentadbiran terawal di negeri Perak..

1) BANDAR TAIPING 



Taiping yang bermaksud "Aman" atau "Damai..atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina..Taiping tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap kaum Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di Larut..puak tersebut dikenali sebagai puak Ghee Hin dan puak Hai San.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut.. sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar..


1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.

Tahun 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak..Ipoh telah dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak. 

Dengan tertubuhnya Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu, banyak kemudahan telah dibina..kebanyakan kemudahan yang terbina ini adalah yang pertama di Tanah Melayu (Malaysia) sehingga bandar Taiping ini sering diberi jolokan "yang pertama"..
  
2) STESEN KERETAPI TAIPING 

Landasan keretapi yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) dibina bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885. Kos pembinaan sebanyak ₤7000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu..

Landasan sepanjang 12km itu adalah LANDASAN KERETAPI PERTAMA di Tanah Melayu yang dibuka pada tahun 1885 dan beroperasi selama 58 tahun..malangnya landasan itu ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. 


3) PENJARA TAIPING



Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Goal" dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu...

Pada 1881, warden Punjabi dibawa masuk dan pada 1880, warden Eropah dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara.. 

Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan.  


4) HOSPITAL TAIPING

Pada tahun 1880, Hospital Taiping dibina dan merupakan hospital tertua di negara Malaysia. Hospital ini juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah..malah turut mencatat sejarah menjadi hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan x-ray..


5) MUZIUM TAIPING


Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia..Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. 

Kurator atau dikenali sebagai penjaga muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  

6) TAMAN TASIK TAIPING



Dalam banyak-banyak tempat di Taiping, tempat ini lah yang paling saya ralat sekali sebab tak sempat nak singgah hari tu..padahal jarak dari hotel cuma 1km sahaja..

Walaupun pernah sampai sau ketika dulu masa umur 14 tahun, tapi masa tu macam tak pandai sangat nak nilai keindahan alam flora dan fauna..


Taman tasik yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-buku sejarah.


Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Deretan pokok Angsana yang berusia ratusan tahun dan dahannya memanjang dari jalan ke air, merupakan latar belakang indah bagi setiap pencinta alam..


Taman seluas 62 hektar ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Taiping. Taman ini merupakan taman tasik yang paling awal dijadikan taman rekreasi di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai taman awam yang terindah di Malaysia.


7 ) ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI


Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultna Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. 


Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmikan pada 15 Jun 2003 oleh Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah. 

Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar.


8 ) BUKIT LARUT / MAXWELL HILL



Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Bukit Maxwell merupakan tanah tinggi yang paling lembap di Malaysia. Kini menjadi kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. 

Ia diterokai pada 1884 oleh William Edward Maxwell, Pembantu Residen British di Perak ketika itu.

Terletak pada ketinggian 1250 meter di atas paras laut, kawasan ini merupakan tempat tadahan hujan tahunan paling tinggi di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.


Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.


Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga..walaupun tempat ini tidak sepopular Cameron Highlands ataupun Bukit Fraser tetapi ia mempunyai identiti yang tersendiri.



Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Begitulah sedikit sebanyak tempat-tempat bersejarah dan menarik yang terdapat di Taiping.

Sejarah itu fakta dan tidak menipu sesiapa..jika ia dilupakan atau dibiarkan, maka tamatlah kisah manusia dan kelompok masyaraat didalamnya..dari sejarah juga kita belajar tentang sesuatu, tentang jatuh bangun seseorang, kita amik sebagai pengajaran dan teladan...

So jom terokai sejarah..wah...dah boleh jadi cikgu sejarah ni...hehehe....

Bersambung...